~Selamat Datang~

Followers

Sunday, August 29, 2010

moga kita bukan golongan itu...

bismillah,



alhamdulillah masih diberi peluang bernafas pada hari ini.. smoga Ramadhan masih berbaki ini kita manfaat sebaik2nya. Dah sepatutnya kita bergerak dengan gear 4 utk mencari Lail Al-Qadr yang menjadi buruan semua orang. Malam yang penuh barakah ini bukan bley ditemui dengan 'preparation' last minute. Perlu keazaman dan usaha sebelum Ramadhan lagi. Jadi, usahalah mengejarnya. Dah kita berdoa memohon kpd Allah utk sampai ke bulan Ramadhan, tiba masa utk kita berdoa utk dipermudah urusan menghabiskan sisa Ramadhan dan dipertemukan dengan Lail al-Qadr. i'Allah.. Ameen..



PENGALAMAN DI BUMI UIA..

Semalam aku diberi peluang menemani sahabat susah senangku Alhafiz bersama Aizat dan Abg. Fitri menunaikan solat tarawih di Mahallah Maryam.. Seperti biasa solat tarawih yg diimamkan akan diselangi tazkirah. Tazkirah ni yg nk aku kongsikan bersama..

Kata Abg. Fitri:
' diceritakan oleh sahabat, ketika Rasulullah naik tangga mimbar utk menyampaikan khutbah jumaat dia mendengar Rasullullah menyebut 'amin' , kemudian 'amin' , dan sekali lagi 'amin' semasa mendaki setiap anak tangga mimbar.'

Setelah selesai khutbah baginda, sahabat tersebut bergegas bertemu Rasulullah lalu menanyakan perkara tersebut.. Lalu Rasullulah menjawab ' aku meng'amin'kan doa malaikat Jibril'

kata Baginda :
'doa yg pertama : celakalah umat Muhammad, apabila mendgr nma Baginda disebut tetapi dia tidak berselawat ke atas Baginda'

'doa yg kedua : celakalah mereka yang mempunyai kedua ibu bapa, tetapi tidak mentaati mereka bahkan derhaka pd mereka'

'doa yg ketiga : celakalah mereka yg melalui Ramadhan tetapi dosa mereka tidak sempat di ampunkan dek alpa dgn maksiat'
 


Semoga kita bukan lah dari golongan yang Nabi 'amin'kan ini..

KISAH RENTETAN DOA NABI...

* perbanyakkan selawat pd Nabi tambah2 bulan Ramdhan bulan barakah ini. kerana berselawat mempunyai banyak Fadhilat. Allah akan berselawat SEPULUH kali kpd org yg berselawat pd KekasihNya sekali..

* Hargailah kedua ibu bapa kita kerana asbab merekalah kita mengenal dunia. Dikisahkan ketika Nabi Musa memohon kpd Allah utk mengenal jiran Baginda disyurga kelak. Maka Allah memerintahkan Baginda pergi ke sebuah kampung mencari seorang lelaki di sana. Ketika menemui lelaki tersebut Baginda pun meminta izin utk masuk ke dalam rumahnya.

Seketika kemudian pemuda itu meminta utk ke dalam sebentar, lalu dia mengeluarkan seekor 'babi' dari dalam lalu dia mengelap dan mengucup 'babi' tersebut. Perkara itu berulang sekali lagi apabila dia mengeluarkan seekor lagi dan melakukan perkara yg sama.

Nabi Musa merasa hairan lalu bertanya kpd pemuda itu, 'wahai pemuda, adakah kamu penganut agama Taurat?'. Lelaki tersebut menjawab 'Ya'. Baginda bertanya lagi 'tidakkah kamu tahu menyentuh babi adalah haram?'. Lelaki tersebut mnyatakan bahawa kedua ekor 'babi' tadi ialah kedua ibu bapa beliau yg disumpah krn melanggar perintah Allah.

Ketahuilah Nabi Musa bahawa manusia itu terlalu hebat.

Mampukah menjadi sebegini???

* Ramadhan akan datang mungkin bukan milik kita.. Beramal lah sebaiknya..:)

Salam Ramadhan fasa ke-3 (perlepasan dari azab api neraka)..



Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails