~Selamat Datang~

Followers

Saturday, September 04, 2010

FORUM OF THE YEAR - mesti hadir..!

bismillah...

alhamdulillah syukurlillah..

semua dijemput walau dari kampus mana pun anda belajar..:)

SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MENAMBAH ILMU DAN MENDENGAR PANDANGAN-PANDANGAN BERNAS DARIPADA PANELIS2 PILIHAN.. SELURUH WARGA KAMPUS UIAM DAN SAHABAT2 KAMPUS SEANTERO MALAYSIA DIJEMPUT HADIR...:)

SEBARANG PERTANYAAN SILA RUJUK NO BERIKUT :
IZZAT AFIF : 0132225197
ATIKAH : 0132028244

Sunday, August 29, 2010

moga kita bukan golongan itu...

bismillah,



alhamdulillah masih diberi peluang bernafas pada hari ini.. smoga Ramadhan masih berbaki ini kita manfaat sebaik2nya. Dah sepatutnya kita bergerak dengan gear 4 utk mencari Lail Al-Qadr yang menjadi buruan semua orang. Malam yang penuh barakah ini bukan bley ditemui dengan 'preparation' last minute. Perlu keazaman dan usaha sebelum Ramadhan lagi. Jadi, usahalah mengejarnya. Dah kita berdoa memohon kpd Allah utk sampai ke bulan Ramadhan, tiba masa utk kita berdoa utk dipermudah urusan menghabiskan sisa Ramadhan dan dipertemukan dengan Lail al-Qadr. i'Allah.. Ameen..



PENGALAMAN DI BUMI UIA..

Semalam aku diberi peluang menemani sahabat susah senangku Alhafiz bersama Aizat dan Abg. Fitri menunaikan solat tarawih di Mahallah Maryam.. Seperti biasa solat tarawih yg diimamkan akan diselangi tazkirah. Tazkirah ni yg nk aku kongsikan bersama..

Kata Abg. Fitri:
' diceritakan oleh sahabat, ketika Rasulullah naik tangga mimbar utk menyampaikan khutbah jumaat dia mendengar Rasullullah menyebut 'amin' , kemudian 'amin' , dan sekali lagi 'amin' semasa mendaki setiap anak tangga mimbar.'

Setelah selesai khutbah baginda, sahabat tersebut bergegas bertemu Rasulullah lalu menanyakan perkara tersebut.. Lalu Rasullulah menjawab ' aku meng'amin'kan doa malaikat Jibril'

kata Baginda :
'doa yg pertama : celakalah umat Muhammad, apabila mendgr nma Baginda disebut tetapi dia tidak berselawat ke atas Baginda'

'doa yg kedua : celakalah mereka yang mempunyai kedua ibu bapa, tetapi tidak mentaati mereka bahkan derhaka pd mereka'

'doa yg ketiga : celakalah mereka yg melalui Ramadhan tetapi dosa mereka tidak sempat di ampunkan dek alpa dgn maksiat'
 


Semoga kita bukan lah dari golongan yang Nabi 'amin'kan ini..

KISAH RENTETAN DOA NABI...

* perbanyakkan selawat pd Nabi tambah2 bulan Ramdhan bulan barakah ini. kerana berselawat mempunyai banyak Fadhilat. Allah akan berselawat SEPULUH kali kpd org yg berselawat pd KekasihNya sekali..

* Hargailah kedua ibu bapa kita kerana asbab merekalah kita mengenal dunia. Dikisahkan ketika Nabi Musa memohon kpd Allah utk mengenal jiran Baginda disyurga kelak. Maka Allah memerintahkan Baginda pergi ke sebuah kampung mencari seorang lelaki di sana. Ketika menemui lelaki tersebut Baginda pun meminta izin utk masuk ke dalam rumahnya.

Seketika kemudian pemuda itu meminta utk ke dalam sebentar, lalu dia mengeluarkan seekor 'babi' dari dalam lalu dia mengelap dan mengucup 'babi' tersebut. Perkara itu berulang sekali lagi apabila dia mengeluarkan seekor lagi dan melakukan perkara yg sama.

Nabi Musa merasa hairan lalu bertanya kpd pemuda itu, 'wahai pemuda, adakah kamu penganut agama Taurat?'. Lelaki tersebut menjawab 'Ya'. Baginda bertanya lagi 'tidakkah kamu tahu menyentuh babi adalah haram?'. Lelaki tersebut mnyatakan bahawa kedua ekor 'babi' tadi ialah kedua ibu bapa beliau yg disumpah krn melanggar perintah Allah.

Ketahuilah Nabi Musa bahawa manusia itu terlalu hebat.

Mampukah menjadi sebegini???

* Ramadhan akan datang mungkin bukan milik kita.. Beramal lah sebaiknya..:)

Salam Ramadhan fasa ke-3 (perlepasan dari azab api neraka)..



Wallahua'lam..

Friday, August 27, 2010

insaf...

bismillah..

apa kabar..? maaf krn lama xmnjenguk ke sini utk bersihkn sawang2 yg ada..
bkn xnk publish post baru.. tp lps habis Ta'aruf Week d gombak sbulan lbey yg lalu, aku seolah2 berlumba dgn masa.. xterkejar rasanya.. terlalu byk tugasan akademik dan xkurang jga tuntutan kewajipan pd sang Khaliq.. aku akui time management aku mmg hampeh tp setakat ni aku berjaya m'nyetel' smua masalah kecuali blog ni..huhu.

INSAF..!.

Dah terlalu lama aku tggal blog ni sampai sekarang dh masuk fasa ke-2 Ramadhan tnpa kita semua sedar bila berlalunya permulaan Ramadhan itu sendiri.

apa yg aku dapat ni drpd facebook seorang sahabat yg tagged aku.. korang tgk la..


video


dh tgk?
apa perasan lps tgk video ni..?

kalau kita rasa ini benda biasa kita dalam situasi berbahaya
kalau kita rasa ini benda yg patut kita perangi kita akan kata Astaghfirullah..
kalau kita rasa ini benda yg wajib diperbaiki, kita perlu bina kekuatan utk hadapi yg ada lg dhsyat ke depan nnt..
percaya atau tidak, remaja yg terlibat dlm pembikinan video ni merasa bangga bley bt cmni..?
Adakah kita sama macam golongan ini?
Mungkin kita secara luaran ok2 ja, nampak baik, jurus je.. Bagaimana dgn ikatan hati dgn Allah..?
bermasalah bukan?



sekadar peringatan utk aku jugak.. hidup dalam zaman modenisasi yg penuh pancaroba bukan mudah.. aku akui mmg payah.. tp ada x usaha kita utk mnepis smua tu?

JAWAB la sendiri kerana kita mewakili IMAN kita di akhirat sana..
renung2kn lah...

PELUANG ALLAH BAGI..JOM KEJAR..!

Fasa kedua Ramadhan mewakili maghfirah yg diberi pd HAMBA yg merayu dan memohon kemaafan dari DIA..
tiada ada satu dosa yg xdapat di maafkan melainkan syirik pd nya..
rebut peluang ni.. bukan senang dpt peluang hidup di bulan barakah ni.. jd, beramal la smaksimum mungkin dan istiqomah la dlm beramal..jgn semata-maata krn RAMADHAN..
kata Syeikh Yusuf Qardhawi :

"كن ربانية ولا تكن رمضانية"

Jadilah ibadah itu keran Allah ta'ala bukan semata-mata kerana Ramadhan..

sama2 kita islah diri.. bukan, nak kondem mana2 pihak tp nk pesan kita xsempurna kena saling tegur menegur.. bukan kutuk mngutuk..

Wallahua'lam..

Sunday, July 11, 2010

Kembali menulis...

bismillah...




ALhamdulillah syukur pada Allah SWT. Akhirnya konflik blog dpt di'setel'kan.. Semoga template ni okey jgk la.. Lama xmenulis. Rasanya tau dah kn? Sebab apa lama aku xmenulis.. Sebab dh hampir seminggu aku mendaftar d UIAM dan menjalani minggu orientasi (Ta'aruf Week) selama 3 hari.

Bersyukur sangat pada Allah sebab dah lama aku taruh harapan nk jejak kaki sebagai official student kt sini. Lepas 2 tahun melalui asasi di Nilai akhirnya berjaya jugak.Walaupun mahallah aku agak jauh dgn Kulliyah aku, tapi alhamdulillah la kemudahan bas disediakan. Penginapan pun selesa dan aku berdoa aku tidak alpa dengan nikmat tempat selesa dan kemudahan yang ada daripada tujuan asal aku kt sini..BELAJAR.. apa pun aku ucapkan pada sahabat2 seperjuangan di UIA jutaan TAHNIAH dan semoga kalian x mensia2 kan peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh semuanya Lillahi Ta'ala..

Kepada sahabat2 len yg belajar di IPTA/IPTS atau di peringkat mana pun.. teruskan perjuangan dakwah kampus antum dan jgn lupa 'hadaf' utama kita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Belajar molek deh.. Jangan hanya kita sekadar mengejar akhirat sampai mensia-siakn peluang di dunia..

Firman Allah Ta'ala...


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

surah Al-Qasas : 77

Di sini sempat aku 'snap' beberapa keping gambar masa campus tour..



 Semoga sahabat2 semua terdorong utk meneruskan dakwah kampus antum... semoga lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam semua aspek kerja..

BARAKALLAHUFIK..
Wallahu'alam...

Thursday, July 01, 2010

harap maaf...

bismillah..


aku mintak maaf atas kecelaruan template yg memeningkan dan aku isytiharkan blog ni rehat jap..

under construction...!

doakan semoga dipermudahkan..

Tuesday, June 29, 2010

10 jalan sebelum bertemu wajah Rabbul 'Izzati...

bismillah...

sebelum kita pergi lebih jauh suka ana maklumkan bahawa apa yg bakal korang baca sebenarnya disedut dan di'copy' dari sebuah blog seorang sahabat dan juga guru kpd aku.. untuk rujuk lebih lanjut boleh klik di sini.

Semoga apa yg aku 'copy' utk santapan rohani korang ni, mampu menyentuh hati kecik korang yg sentiasa memberontak hendakkan ketenangan.. InsyaALLAH..

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen ini atau tidak untuk bertemu Allah...


10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:
Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR

a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM

a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD

a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulullah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Semoga dapat ambil manfaat dari semua ni.. sama2 muhasabah..:)

Wallahu'alam..

Sekadar perkongsian di bulan Rejab...

bismillah..
salam mahabbah..

عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال : أوصاني رسول الله عليه وسلم بعشر كلمات، فقال : لا تشرك بالله شيئا وإن قتلت وحرقت، ولا تعقّنّ والديك وإن أمرك أن تخرج من أهلك ومالك، ولا تتركنّ صلاةً مكتوبةً متعمّدًا فإن من ترك صلاةً مكتوبةً متعمّدًا فقد برئت منه ذمّة الله، ولا تشربنّ خمرًا فإنّه رأس كلّ فاحشةٍ، وإيّاك والمعصية فإن بالمعصية حلّ سخطُ الله، وإيّاك والفرار من الزّحف وإن هلك الناس، وإن أصاب الناس موتٌ فاثبت، وأنفق على أهلك من طولك، ولا ترفع عنهم عصاك أدبا، وخفّهم في اللهِ.

(رواه أحمد والطبراني في الكبير)


Daripada Muaz bin Jabal r.a berkata, telah berpesan kepadaku oleh Rasulullah SAW dgn 10 pesanan, maka sabdanya:
1. Jangan kamu menyekutukan Allah dgn sesuatu sekalipun kamu dibunuh dan dibakar.
2. Jangan derhaka kepada kedua ibu bapa sekalipun mereka berdua menyuruh kamu meninggalkan keluargamu dan hartamu.
3. Jangan sesekali kamu meninggalkan solat fardhu dgn sengaja maka sesungguhnya sesiapa yg meninggalkan solat fardhu secara sengaja maka dia terlepas daripada jaminan Allah.
4. Jangan sesekali kamu minum arak kerana sesungguhnya arak itu merupakan punca segala kejahatan.
5. Jauhilah olehmu dari melakukan maksiat kerana maksiat itu mengundang kemurkaan Allah.
6. Jauhilah olehmu daripada melarikan diri dari medan perang meskipun orang semuanya mati dan musnah kamu masih tetap di situ.
7. Belanjalah ia kepada ahli keluargamu.
8. Ajarkanlah adab kepada mereka.
9. Takutkan mereka dengan Allah.


saja aku nk kongsi dgn sume hadis yg aku dapat masa ceramah bulana ustaz Kazim Elias. Hadis ni sepatutnya menceritakan 10 pesanan dan aku hanya jumpa 9 pesanan. mungkin ada yg aku silap mintak korang betulkan ye.. semoga aku dikira membantu korang muhasabah diri..

Wallahu'alam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails