~Selamat Datang~

Followers

Monday, June 21, 2010

Pesanan dan pesanan buat diriku…

Bismillah..


Bulan ni aku agak malas utk menulis. Bukan xda idea tapi kekangan masa dan bila ada masa terluang aku memilih utk buat keja lain drpd m’update’blog.. huhu.. sampai la ada hamba Allah yg tegur aku utk bersihkan sawang kt sini..

So, aku Cuma dapat kongsi pesanan dari hambaAllah yg sudi mengingatkan aku ttg hidup yg selalu menghanyutkan kita.. Baru-baru ni, sebelum aku balik ke KL, alhamdulillah aku diberi peluang oleh Khaliq utk bertemu dgn naqib aku iaitu Ust. Mohd Idris yang dah lama aku xjumpa. Last aku jumpa kt walimah Ust. Faisal Mustaffa.. tu pn sekejap.. tapi kali ni pertemuan yang aku kira penghormatan buat diriku dapat berjumpa face to face dengan presiden GAMIS.

Dalam pertemuan yg serba ringkas tu, aku dapat beberapa input yg aku kira penting sebagai bekalan amilin Islam di atas bumi Allah yg penuh barakah ni.


“nta kalau nk jadi amilin yg hebat perlu ada 2 elemen dalam diri nta. Pertama human transformer dan kedua culture builder” katanya pada aku..



HUMAN TRANSFORMER

“Sebagaimana hebatnya Rasulullah SAW mampu merubah insan yg paling jahat dikala jahiliyah kpd semulia-mulia insan ketika Islam..”

Seorang dai’e atau amilin perlu ada elemen ni utk orang sekeliling merasai kemanisan Islam itu pada diri kita. Mungkin kita xmampu lakukan sehebat Baginda tetapi sekurang-kurangnya kehadiran kita mampu merubah manusia sekeliling kpd lebih baik..

Merubah insan bukan perkara mudah atau remeh-temeh, tapi ianya memerlukan skill dan teknik yg betul utk menarik mereka mengenali keindahan Islam itu sendiri. Kesilapan atau kegopohan kita dalam usaha men’transformmad’u* akan membawa kpd jalan buntu atau lebih teruk dibenci oleh mad’u-mad’u ..

Secara ringkasnya, dai’e perlu ada kualiti ini yg mana tidak terdapat dlm buku teks tetapi dgn penglibatan di medan dakwah ttg respon2 terhadap dakwah kontemporari.

CULTURE BUILDER

“Budaya yang tidak sihat perlu dihazaf * daripada masyarakat dgn kaedah yg kreatif drpd dai’e tersebut. Ini mengelakkan daripada budaya tidak sihat ini menular lebih dahsyat”

Contoh yg paling dekat la aku boleh bagi, masjid kampung aku..

Jemaah di masjid tu xnk rapatkan saff dan cuba melarikan diri daripada merapatkan bahu dan kaki. Sampai sanggup buat saff baru dan sembahyang sorang-sorang..

So, dalam situasi ni, dai’e perlu berani tegur secara jemaah atau individu . Tapi, pastikan secara berhikmah supaya dua2 pihak dapat manfaat..

Sambung balik cite aku dgn naqib aku td. Aku ada tanya dia macam mana nk istiqomah dalam jalan dakwah. Kot2 aku dapat tips drpd beliau. So, beliau pesan kt aku..:

“nta balik cuba buka muka surat last juzu’ 2 dan cari doa dalam tu.., pastu buka muka surat sebelum tu dan baca daripada atas hingga hbs juzu’ 2 (sehelai 2 muka). Baca dan cari pengajaran daripada 2 muka tu. Ana nk nta respon pada ana sebelum malam ni. Kalau x nta xbley jd amilin yg berdisiplin.”

Aku catit dlm phone n cba bt reminder kt wallpaper. Aku sedang dicabar dan di’provoke’.. tapi, aku xkesah, ini sebagai pembakar semangat utk aku terus berdisiplin. So, balik tu aku terus buka Quran n respon.

Alhamdulillah, aku sedang amalkan doa tu dan kisah yg cuba naqib aku bagitahu kt sini korg bley rujuk kt halaman yg naqib aku bagitahu tadi..

Sekadar itu saja perkongsian aku.. ada keja lain plak.. I’allah nnt aku sambung..

Amalkan la ea..

Wallahu’alam..

1 comment:

  1. tahniah atas pengisian yg manfaat..=) teruskan menulis, dan brkogc ilmu dgn shbt2..
    the best INSYALLAH..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails