~Selamat Datang~

Followers

Wednesday, June 02, 2010

apa yang kita perlu...?

Bismillah…

Lama rasanya tak menaip kt sini. Maklum sajalah, berapa kerat je baca blog kosong ni. Tapi, saja aku nk tulis jgk mmndangkan ada jgk org lawat. Mana la tau yang melawat sebar pd yg lain. Untung2 aku dapat saham akhirat. Bertepatan dgn hadis Nabi Muhammad SAW kita, antara benda yg dibawa bersama ketika dalam kubur adalah ilmu yg bermanfaat. insyaALLAH aku nak kongsi ilmu yg bermanfaat kt sini.

Dekat sebulan jgk aku xupdate blog sbb ketiadaan di rumah. Ke mana aku ?? tak perlu rsanya aku bagitahu. Nnt xcaye plak. Erm, tapi sepanjang itu jgk la aku dgr byk cite rakyat Malaysia. Dari buang anak, pukul bapa, dadah, judi, mengamuk, mengutuk, dan yang terbaru bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia ke Gaza yg nek kapal tu diserang rejim yahudi. Dari rakyat sampai la ke kerajaan sume cite aku dgr.

Penah kite FIKIR knape jd cmni…?!

“xpernah la..”

“xde masa la… sibuk memnjang…”

“lantak la.. bkn mslh aku..”

“aku dh fikir tp apa aku nk buat…”


Inilah jawapan anda atau mereka yang berada di luar sana yg sibuk mengejar dunia. Tau x kalau kita ni xamik tau n titik beratkan hal saudara seagma kita, walau mna pn diorg berada maka kita xt’golong darpd mereka yakni kaum muslimin. Nau’zubillah…

mafhum hadith:

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka.”...(sbgaimana yg diriwyatkan)

FIKIR SEJENAK…

Jadi, jawapan kpd sume 2 ini adalah ILMU.

Tak kira, anak, mak, ayah, datuk, dato’ perdana menteri, sultan atau sapa2 saja yg bergelar khalifah, wajib menuntut ilmu spt sabda Rasulullah SAW:

“menuntut ilmu itu satu kefardhuan atas tiap2 muslim”

Kenapa perlu ilmu? Supaya kita kenal ALLAH. Bagaimana mengenali Allah? Tuntutlah ilmu baru kita akan mengenali ALlah. Terutama sekali ilmu usuluddin, ilmu yang mengenalkan kita dgn Zat Allah.. baru datang Tasauf yang akan menjaga hati dan segala anggota dari maksiat. Hatta, dipuji orang pn segera beristighfar bimbang riya’. Tu baru sikit. Kalau Allah dikenal secara terperinci maka, sbrg tindakan akan dirujuk pada Allah.

Maka, tiada maksiat spt buang anak, zina, sumbang mahram, judi, arak dan apa2 dosa yg mengundang kemurkaan Allah ta’ala..


REMAJA DAN ILMU…

Antara garis panduan mendidik anak ialah membekalkan ilmu di usia muda mereka utk dijadikan bekalan ketika remaja.. zaman remaja 1 zaman yg begitu mencabar jiwa. Aku xnafikan yg zaman ini yg perlu ilmu untuk lawan nafsu. Nafsu bukan boleh nk ikut sgt.. nk belai lagi xboleh.. nk siksa bimbang memberontak.. jadi perlu didikan dan suntikan ilmu.. ilmu yg dituntut syara’ ilmu agama la.. yg nk dijadikan benteng iman… tapi ingat…!! Bukan ilmu dunia xpenting.. tapi isi agama di dada baru ilmu len mudah mngikut sama…

Ramai xnk belajar ilmu agama dgn alasan lama bru hbs kitab… erm, mmg la.. AL-Imam Syafi’e pernah pesan pd penuntut ilmu…:

Tidak dapat kamu akan ilmu itu melainkan 6 perkara : cerdik, keinginan, bersungguh-sungguh, wang, damping ustaz dan masa yang panjang.

Apa salahnya sblm kita kejar dunia yg blom pasti kita dpt, kita penuhi masa muda spt awal remaja mendalami ilmu agama. Bila dah mantap, keluar la cari ilmu dunia. Masa tu benteng iman cukup ampuh dan teguh utk menampan serangan nafsu.

KESIMPULAN…

Apa pun, semua kena belajar.menuntut.ngaji. baru terbuahnya hasil akhlak yg mulia dan agma yg sempurna. Lita periu sedar zaman kita skrg berada di fatrah akhir zaman yg penuh dgn fitnah. Cuba tgk hadis ni..

Diriwayatkan Abu Said: Nabi SAW berkata, "Kamu akan mengikuti cara-cara yang salah, para pendahulu kamu sehingga lengkap dan benar-benar bahawa jika mereka harus pergi ke dalam lubang biawak sekalipun, anda juga akan pergi ke sana." Kami berkata, "Wahai Rasulullah, maksud kamu orang-orang Yahudi dan Nasrani?!" Baginda menjawab, "Siapa lagi?" (Bermaksud, tentu saja, orang-orang Yahudi dan Nasrani) (. Book # 56, Hadis # 662)

Jika rasulullah sudah gambarkan umat akhir zaman sedemikian rupa, maka cuba perhati sekeliling anda. Nilai sendiri hadis di atas..

Budaya2 kuning spt couple, rokok, berpeluk cium dpn org ramai, pakaian mencolok mata dan byk lagi budaya yg diperkenalkan yahudi diikuti remaja muda kita… peranan ilmu cukup penting zaman skrg…

Sama kita fikirkn…

Wallahu’alam…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails