~Selamat Datang~

Followers

Thursday, May 13, 2010

AWAS..! amaran keras...

bismillah...



hai, pa habaq..? Lama xmenulis. Bukan tak nak tapi kekangan masa yang membataskan sesi menaip. Budget sibuk, hehe... tapi sebenarnya banyak benda nak kena buat, so.. minta maaf byk2.. tapi insyaALLAH aku nk kongsi satu ilmu @ hadis yang aku terbaca dan menarik utk perkongsian bersama.. biarpun isi nampak biasa, tapi makna terlalu mendalam bagi yg mendalaminya...

Daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka. Iaitu:
1. Apabila harta negara beredar pada orang tertentu .
2. Apabila AMANAH dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturut kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan si anak tadi berbaik-baik dgn kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Meninggikan suara dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera sudah dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis di sanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”.

(H.R. Tirmizi)

Perhatikan no.2 yg sudah di'bolt'kan, dalam situasi dunia yang akan menghadapi PIALA DUNIA yang akan melanda seluruh peminatnya di seluruh dunia. Tapi di sebalik 'event' yang akan berlangsung tidak lama lagi terlalu banyak kisah sedih yang kita sedia maklum... Mungkin anda tertanya-tanya apa kaitan dgn BOLA dgn HADIS di atas.



YA..!!!

Amanah yang digalas sekadar meraih keuntungan... kerana BOLA yang tak seberapa maruah agama tergadai.. Hukum Allah Ta'ala pulak yg menjadi bola ditendang sesuka hati. Kalau hukum bersesuaian dgn kita, boleh diambik, kalau berat bagi kita, boleh tolak..

MASYAALLAH syeikh..!!

Hukum Allah tu.. sedangkan ALlah berfirman dlm Al-Furqan:

"wahai orang2 yg beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum hakamnya dan jgnlah kamu menurut jejak langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yg TERANG LAGI NYATA .."
Albaqarah : 208..

jadi, ambik pengajaran dari amaran Rasulullah terhadap 15 perkara mungkar yg mengundang murka ALLAH taala.. Bukan pada sesetengah golongan tapi muhasabah bagi kita yg menjadi khalifah yg memegang takifat masing2.. Sekadar perkongsian utk semua dan aku jgk.. bukan perfect sgt pun tapi kita perlu berusaha menjadi yang terbaik demi redha ALLAH bukan redha manusia...

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails