~Selamat Datang~

Followers

Wednesday, April 28, 2010

Tahniah & Takziah vs Takziah & Tahniah

Bismillah..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, sehingga saat ini aku masih mampu menghela nafas demi meneruskan hidup. Nikmat yang tidak mampu dilafazkan dgn kata-kata..Aku sentiasa mengharapkan semua umat manusia mampu melafazkan syukur terhadap Pemilik dunia yang fana ini. InsyaALLAH.

Erm, sedar xsedar sudah 3 hari PRK Hulu Selangor selesai. Mungkin sorakan kegembiran dan suara rintihan keredhaan masih kita dengar dari mana-mana individu yang mewakili parti politik yg bertanding.


Pilihanraya yang dimenangi oleh BN dengan undian sebanyak 24997 dan undi bagi PKR sebanyak 23272 dengan majoriti 1725. Namun, angka yang sedikit itu mampu mengubah corak politik di Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Cuba lihat rajah sejarah PRU di Hulu Selangor.




Undian buat PKR mendahului undian BN. Mungkin banyak kekurangan semasa kempen. banyak maksiat antara jentera PilihanRaya. Bukan mengungkit atau tidak redha pd Qadha' Qadar tapi sebagai muhasabah di atas rahmat / ujian kemenangan yang dikecapi. Perlu diingat, kalah menang adalah ujian. Bagaimana harus dipertahankan amanah ini? Pikirlah sendiri. Kerana itu aku bimbang bila melihat perpecahan dalam mana-mana parti politik. Kerana dengan kemenangan itu menyebab kita ralat dan alpa bahawa kemenangan yang diperoleh jgn sesekali dipersiakan.

Apapun wadah perjuangan yang kita pilih pastikan matlamat wasilah kita itu perlu dicapai dengan kuasa kita di sini. Jika kita benar-benar mengimani matlamat jalan yang kita pilih dan yakin ianya benar, jadi mengapa tidak kita menjalankan amanah yang ditaklifkan dengan baik. Bukan di bidang politik shj tetapi dalam segenap aspek. Sebagai hamba, anak, pelajar/pekerja dll. Semuanya dikira oleh Allah SWT.

Buat yang menang aku ucapkan TAHNIAH kerana berjaya meyakinkan rakyat dan TAKZIAH atas amanah anda. Buat yang dilanda ujian kekalahan, redhalah semoga diberi kekuatan. Aku ucapkan TAKZIAH atas kehilangan P094 dan TAHNIAH atas apa-apa perubahan selama memegang Hulu Selangor. Semoga kita semua diberi hidayah. Ameen.

Wallahu'alam...

.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails