~Selamat Datang~

Followers

Thursday, April 01, 2010

NTAH PAPE NTAH...




Bismillah…


Erm, tengah dok saje2 tiba-tiba teringat zaman sekolah kecik2 dlu.. msa tu masih kanak-kanak hingusan lg.. ape pun xtau..

Kisah yg aku teringat pd thn 2002.. dh lame dah.. masa tu tengah tunggu assembly pagi.. ari isnin xsilap..

Seorang member dtg menepuk bahu dan bagitahu..
“eh, acap.. bapak ko dtg .. kt gate depan sane..” kata sorg kanak-kanak innocent tu sambil tgn menuding arah gate utama.
“alamak, apasal plak bapak aku dtg. Td kt rumah ok je. Xde dia pesan apa-apa pun.”..
Xde byk soal, trus gerak.. baru je melangkah dah kena gelak..

“APRIL FOOL..!”

Punye la panas.. huh, sabar je la.. Baru perasan, hari ini 1April.. Aku jd mangsa.. hurm.. sdey2..

SEJARAH ‘AF’ NI..

Ade cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap tahun kehadiran April Fool disambut riang oleh orang kita yang begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.

Kalau korang nak tahu, perayaan April Fool's Day ini, mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah Islam bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
tewas di tangan tentera-tentera Kristian.

Dijelaskan oleh seorang sejarawan, perayaan April Mop itu bermula dengan peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentara Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan Khilafah Islamiyah pada Mac 1487 Masihi.
Kota-kota Islam di Sepanyol, seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai tempat perlabuhan berjaya dikuasai oleh tentara Salib.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Di sini tentera salib mula merancang pembunuhan umat Islam secara besar-besaran. Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disediakan di pelabuhan Granada. Tentara Salib itu menjanjikan keselamatan kepada ummat Islam untuk menaiki kapal meninggalkan Sepanyol bersama barangan mereka.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, golongan tua serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Sehingga dikatakan air laut berubah menjadi merah dek kerana darah umat islam yang dibunuh dengan kejam.

Peristiwa pembunuhan dan ‘mungkir janji’ Kristian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia pada 1 April 1487 Masihi dan dikenang sebagai “The April Fool Day”.
Selanjutnya, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopularkan lagi menjadi April Mop dengan “ritual” boleh menganiaya, menipu dan membodohkan orang lain pada tarikh itu, dengan tujuan gembira.
“Ritual tersebut disyaratkan dengan tidak bolehnya orang yang diperdaya dan ditipu itu marah dan membalas”.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Setelah mengetahui sejarah April Mop itu, kita seharusnya mengimbau nasib umat Islam, khususnya kaum remaja, tidak perlu merayakan April Mop kerana sama ertinya merayakan pembunuhan umat Islam

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


APA KATA MEREKA..?!

Perayaan ini cuba disembunyikan dengan events yg cuba mengaburi mata umat Islam untuk turut sama merayakan AF ini. Lihat saja la d Wikipedia dan mana2 website sekalipun, mereka tidak pernah menceritakan kisah ini..


JADI, APA TINDAKAN KITA..?


1. Kita sbg insan sedar perlu menyedarkan orang lain yg masih xsedar.
2. Xperlu la mengimani sangat dasar pandang ke barat. Otak diorg dh karat.
3. Selalu la membaca sejarah sesuatu adat or perayaan yg kita sendiri tidak tahu mana asal usulnye.. cth:- gothic, shufftle an so on.

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails