~Selamat Datang~

Followers

Sunday, April 25, 2010

teringat pd si dia....:)

Bismillah...



Hadis Jibril
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:
” Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya”.

Lelaki tersebut berkata:” Benarlah engkau”. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya:” Terangkan kepadaku tentang lman”.
Baginda bersabda:” (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk”.

Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau”.
Dia berkata lagi:” Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan”.
Baginda bersabda:” Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: “Terangkan kepadaku tentang Qiamat.”
Baginda bersabda:” Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”.

Lelaki itu berkata: “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.”
Baginda bersabda:” (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).”
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya:” Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?”.
Aku berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu”.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346)


Ingat lagi hadis ni..?
Aku tetiba tringat ustaz aku masa kt sekolah menengah dulu. ustaz Mahmud Zaim. mcm yg di ceritakan oleh shbt aku dalam blog dia..Semua bermula dgn khutbah jumaat di tempat aku.. Khatib memulakan khutbah dgn mmbaca sepotong drpd hadis di atas. ttg IHSAN..

aku petik dalam arabnya...

"أن تعبد الله كأنك تراه فان لم تكن تراه فانه يراك"


dalam setiap muslim perlu ada sikap IHSAN ni. supaya dapat mengawas kehidupan kita biarpun kita keseorangan. bukan shj takut pada orang tp Allah yg Maha Melihat walau di mana kita berada. Apa yg mengingatkan aku pada ustaz Mahmud ialah dgn kata-kata beliau:

"di mana pun saya dicampak utk bertugas, apa yg penting bagi saya ialah menerapkan konsep IHSAN pada setiap pelajar. Saya xmahu depa tkut pada saya tapi tkut pada Allah."

Bila mana khatib mengaitkan kisah Nabi Yusuf AS. Kisah yg saya rasa semua drpd kita tahu. Kisah bersama Zulaikha dalam kamar Yusuf. Situasi yg tidak dilihat oleh orang lain, tetapi Nabi Yusuf AS menolak pemintaan Zulaikha utk melakukan maksiat dengan alasan Allah melihat. Ajakan itu langsung tidak diendahkan oleh Yusuf AS menyebabkan baju baginda Yusuf AS terkoyak drpd belakang disebab tarikan kuat Zulaikha yg tidak mahu melepaskan Yusuf.

Nabi Yusuf benar2 menerapkan konsep Ihsan ini tanpa siapa pun dapat menggoyah iman Baginda disebabkan TAQWA pd AlLAH tu.

Di akhir khutbah khatib menimbulkan persoalan yg mengusik hati aku dan mungkin sesiapa yg mendengar..

"Masih ada lagikah insan yg spt ini (spt nabi Yusuf) pada abad ini? Jika tidak bagaimana caranya utk menjadi seperti itu"

Khatib memberi jawapan yg ringkas namun sukar utk dilaksanakan jika penyakit 'al-Wahan' iaitu cintakan dunia dan takutkan mati berada dalam ruangan hati kita. Jawapan -menjadikan IHSAN sebagai pengawas dalam diri kita masing-masing- begitu mengusik hatiku.

so, pada shbt2 aku di luar sana yg sudi membaca post yg xmenarik ini. jadikanlah IHSAN sbg pengawas yg sentiasa menjaga dan mengawasi iman kita daripada digoyah oleh faktor luaran lain.. Semoga menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua ye..

Wallahu'alam...:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails