~Selamat Datang~

Followers

Wednesday, April 28, 2010

Tahniah & Takziah vs Takziah & Tahniah

Bismillah..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, sehingga saat ini aku masih mampu menghela nafas demi meneruskan hidup. Nikmat yang tidak mampu dilafazkan dgn kata-kata..Aku sentiasa mengharapkan semua umat manusia mampu melafazkan syukur terhadap Pemilik dunia yang fana ini. InsyaALLAH.

Erm, sedar xsedar sudah 3 hari PRK Hulu Selangor selesai. Mungkin sorakan kegembiran dan suara rintihan keredhaan masih kita dengar dari mana-mana individu yang mewakili parti politik yg bertanding.


Pilihanraya yang dimenangi oleh BN dengan undian sebanyak 24997 dan undi bagi PKR sebanyak 23272 dengan majoriti 1725. Namun, angka yang sedikit itu mampu mengubah corak politik di Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Cuba lihat rajah sejarah PRU di Hulu Selangor.




Undian buat PKR mendahului undian BN. Mungkin banyak kekurangan semasa kempen. banyak maksiat antara jentera PilihanRaya. Bukan mengungkit atau tidak redha pd Qadha' Qadar tapi sebagai muhasabah di atas rahmat / ujian kemenangan yang dikecapi. Perlu diingat, kalah menang adalah ujian. Bagaimana harus dipertahankan amanah ini? Pikirlah sendiri. Kerana itu aku bimbang bila melihat perpecahan dalam mana-mana parti politik. Kerana dengan kemenangan itu menyebab kita ralat dan alpa bahawa kemenangan yang diperoleh jgn sesekali dipersiakan.

Apapun wadah perjuangan yang kita pilih pastikan matlamat wasilah kita itu perlu dicapai dengan kuasa kita di sini. Jika kita benar-benar mengimani matlamat jalan yang kita pilih dan yakin ianya benar, jadi mengapa tidak kita menjalankan amanah yang ditaklifkan dengan baik. Bukan di bidang politik shj tetapi dalam segenap aspek. Sebagai hamba, anak, pelajar/pekerja dll. Semuanya dikira oleh Allah SWT.

Buat yang menang aku ucapkan TAHNIAH kerana berjaya meyakinkan rakyat dan TAKZIAH atas amanah anda. Buat yang dilanda ujian kekalahan, redhalah semoga diberi kekuatan. Aku ucapkan TAKZIAH atas kehilangan P094 dan TAHNIAH atas apa-apa perubahan selama memegang Hulu Selangor. Semoga kita semua diberi hidayah. Ameen.

Wallahu'alam...

.

Sunday, April 25, 2010

teringat pd si dia....:)

Bismillah...



Hadis Jibril
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:
” Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya”.

Lelaki tersebut berkata:” Benarlah engkau”. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya:” Terangkan kepadaku tentang lman”.
Baginda bersabda:” (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk”.

Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau”.
Dia berkata lagi:” Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan”.
Baginda bersabda:” Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: “Terangkan kepadaku tentang Qiamat.”
Baginda bersabda:” Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”.

Lelaki itu berkata: “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.”
Baginda bersabda:” (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).”
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya:” Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?”.
Aku berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu”.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346)


Ingat lagi hadis ni..?
Aku tetiba tringat ustaz aku masa kt sekolah menengah dulu. ustaz Mahmud Zaim. mcm yg di ceritakan oleh shbt aku dalam blog dia..Semua bermula dgn khutbah jumaat di tempat aku.. Khatib memulakan khutbah dgn mmbaca sepotong drpd hadis di atas. ttg IHSAN..

aku petik dalam arabnya...

"أن تعبد الله كأنك تراه فان لم تكن تراه فانه يراك"


dalam setiap muslim perlu ada sikap IHSAN ni. supaya dapat mengawas kehidupan kita biarpun kita keseorangan. bukan shj takut pada orang tp Allah yg Maha Melihat walau di mana kita berada. Apa yg mengingatkan aku pada ustaz Mahmud ialah dgn kata-kata beliau:

"di mana pun saya dicampak utk bertugas, apa yg penting bagi saya ialah menerapkan konsep IHSAN pada setiap pelajar. Saya xmahu depa tkut pada saya tapi tkut pada Allah."

Bila mana khatib mengaitkan kisah Nabi Yusuf AS. Kisah yg saya rasa semua drpd kita tahu. Kisah bersama Zulaikha dalam kamar Yusuf. Situasi yg tidak dilihat oleh orang lain, tetapi Nabi Yusuf AS menolak pemintaan Zulaikha utk melakukan maksiat dengan alasan Allah melihat. Ajakan itu langsung tidak diendahkan oleh Yusuf AS menyebabkan baju baginda Yusuf AS terkoyak drpd belakang disebab tarikan kuat Zulaikha yg tidak mahu melepaskan Yusuf.

Nabi Yusuf benar2 menerapkan konsep Ihsan ini tanpa siapa pun dapat menggoyah iman Baginda disebabkan TAQWA pd AlLAH tu.

Di akhir khutbah khatib menimbulkan persoalan yg mengusik hati aku dan mungkin sesiapa yg mendengar..

"Masih ada lagikah insan yg spt ini (spt nabi Yusuf) pada abad ini? Jika tidak bagaimana caranya utk menjadi seperti itu"

Khatib memberi jawapan yg ringkas namun sukar utk dilaksanakan jika penyakit 'al-Wahan' iaitu cintakan dunia dan takutkan mati berada dalam ruangan hati kita. Jawapan -menjadikan IHSAN sebagai pengawas dalam diri kita masing-masing- begitu mengusik hatiku.

so, pada shbt2 aku di luar sana yg sudi membaca post yg xmenarik ini. jadikanlah IHSAN sbg pengawas yg sentiasa menjaga dan mengawasi iman kita daripada digoyah oleh faktor luaran lain.. Semoga menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua ye..

Wallahu'alam...:)

Saturday, April 24, 2010

hikayat seorang aku di 'P094'

bismillah...



alhamdulillah baru-baru ni aku sempat melawat beberapa shbt yg aku rindu di Tanjung Malim. Sudah lama tidak ketemu dengan shbt2 ku seperjuangan. So, khamis lepas aku memohon kebenaran daripada ibu tercinta utk ke Tanjung Malim dgn ketam(hehe... KTM sebenarnye...). So, pukul 11 pg tu aku ke Stesen KTM dan menunggu tren utk ke Tg. Malim. first time aku menuju ke sana menggunakan KTM. pd jangkaan aku perjalanan hanya memakan masa 45minit or sejam memandangkan drpd rumah aku hanya 40 minit ke tg. Malim... Tapi xsangka plak smpi sejam setengah..huhu..

dlm perjalanan aku tgk byk bendera2 berkibar, agak heran(buat2 heran..hehe...). byk jgk aku snap gambar. maklumlah teruja nek tren ke sana.. nk jgk kongsi ngn korang..














ni antara gambar yg aku dpt masa nek tren.. utk pengetahuan, rawang hgga ke atas adalah antara kawasan Hulu Selangor - P094. masa kempen2 mcm ni aku dpt tgk bndera, flyer, pekerja jentera semua sibuk utk memenangkan parti politik masing2.. walaupun PKR yg bertanding tp, aku dpt tgk Unit Amal PAS pun turut ada, mklumlah dlm Pakatan Rakyat. Semangat kerjasama yg perlu kita tgk kt sini. Mcm nyayian 'wonderPet'..

"apa yg penting...KERJASAMA..", "apa yg penting... KERJASAMA.."

teringat 1 potong ayat al-Quran dari surah at-Taubah: 41.

"Berangkatlah kamu baik dalam Keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."


last aku smpi kt Tg. Malim n aku trus call member aku utk jemput kt KTM... terlepas rindu kt dia.. smoga ukhuwah yg tbina akan kekal ke syurga..:)









Sunday, April 18, 2010

petunjuk demi petunjuk...

bismillah..

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kematian pelawak terkenal, Din Beramboi. Kematian yang amat tidak disangka2 pd umur seawal beliau. kerana mentaliti 'melayu' kini beranggapan 'life begin at 40'... Hasilnya, kematian yg menjengah pd umur 43 thn.. Namun, takdir Ilahi sentiasa mengetahui yg terbaik. Walaupun kematian itu dianggap fitrah pd org yg sakit, tp cuba kita perhatikan dari sudut yg berbeza. 'Sakit' yg dimaksudkan membawa ke arah kematian itu datang tanpa diduga. Betol x? Din Beramboi yg sihat wal 'afiat pn tiba2 jatuh sakit dgn kehendak Allah SWT.


Begitu juga dgn kematian dua pupu saya yg bru berusia 15 tahun. bakal menduduki PMR tahun ini, telah kembali ke rahmatullah pd jumaat lepas..-al-Fatihah-


Dalam usia yg begitu muda beliau pergi meninggalkn dunia darul 'amal ini.. teringat aku pd satu firman Allah ta'ala dlm surah Ali-Imran : 185


185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Ali-Imran : 185

-maaf font arab xdpt bt plak kali ini...harap maaf-

Insaf aku seketika. bimbang kalau esok bukan lg milik aku. maklumlah, maksiat yg bertambah2 membuatkan aku rsa tkut sedangkan persediaan yg xseberapa..





Pg ini, 18hb april 2010. front page Berita Harian terbentang kematian Achik Spin yg maut kemalangan. Masya-allah. satu lg kematian pemuda kita. beliau pergi ketika berumur 28 thn. Mudanya...
Meninggalkan isteri dan keluarga dlm keadaan beliau masih diperlukan -tenaga muda-...
Lagi lah bertambah keinsafan kerana bimbang aku sendiri pulang ke rahmatullah ketika menulis post ini..

Pesanku buat muda-mudi di luar sana. JANGAN MENJANGKA KALIAN MAMPU HIDUP LAMA DAN BERTAUBAT DI USIA TUA...! sedangkan terlalu banyak petunjuk dari Pencipta kpd kita untuk berubah.

Wahai shbt2 aku.. marilah kita bertaubat dan mengumpul amalan kita sbg persediaan menuju Ilahi.. betapa hinanya diri kita ini shbt2... INSAFLAH KALIAN....!!!

Wallahu'alam...

Wednesday, April 07, 2010

guru terkini..!

Bismillah..



Mungkin dulu kita dengar jd cikgu bkn sesuatu yg mudah. Perlu kelulusan SPM yg hebat (sekarang pn xdinafikan…hehe..), perlu apply melalui saluran yg pelbagai yg belum tentu menjanjikan feedback positif..



Sekarang lg lah.. apply maktab, dpt masuk terus mula pengajian persediaan selama setahun setengah kemudian degree.. namun acuan guru perlulah yg terbaik demi memastikan tarbiyah generasi akan datang mantap.. tp cuba lihat di FB dan sbgnya.. penuntut2 di maktab atau selayaknya digelar bakal guru sendiri berpakaian xsenonoh, bercouple, mngeluarkan kata2 kesat malah ada yg lebih truk drpd itu. Bukan niat mengaibkan mana2 pihak tp, menyedarkan keadaan masyarakat yg hanyut dengan suasana akhir zaman. Bagaimana nk melahirkan generasi bertaqwa andai pendidik sendiri mlakukan maksiat tanpa segan silu. Insaflah..

Mungkin anda tertanya-tanya apa dia TAQWA ni.. menurut Saidina Ali..:


"الخوف بالجليل، والرضاء بالقليل، والعمل بالتنزيل ، والاستعداد بيوم الرحيل"


maksudnya: takutnya dgn Al-Jalil (Allah), Redha dgn sedikit, 'Amal dgn AL-Tanzil (AlQuran), dan bersedia dgn hari Berangkat (Akhirat)...


Terkejut aku baca frontpage Berita Harian tadi, xsangka.. anak muda yg mengaku ber’guru’ utk mendapatkan ilmu demi mencari wang ringgit utk hidup.. apa yg’unik’nya di sini, guru ‘beliau’ selalu kita gunakan utk tujuan tertentu. INTERNET. Beliau berguru dengan internet utk memproses syabu. Bagaimana? bacalah sendiri.


Anda tanyalah diri sendiri, kalau cikgu beliau dulu menerapkan taqwa yg aku khabarkan td adakah terjadi perkara ini? Mungkin salah mak ayah..! Mungkin jga tidak. kerana faktor sekitar sekolah akan mempengaruhi.. sapa yg bertanggungjawab...?! GURU..jadi jelas TAQWA tu penting diterapkan dalam jiwa pendidik sebelum betul2 bersedia utk mendidik. Jika tidak ini lah implikasinya. Mahukah anda yg bergelar guru menanggung ini semua, jika taqwa bukan no.1 dlm dada anda..! fikirkanlah..

Tuesday, April 06, 2010

Bersyukurkah kita selama ini..?!

Bismillah..

Assalammualaikum WBT

Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)


Post kali ini adalah cerita bergambar yang sebenar . Ini adalah emel yg aku terima dari sorg sahabat yg aku amat kagumi dari uia, pj..'Umar Abd. 'Aziz.. insyaALLAH..
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.



Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.



Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.

Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.



Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim



Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel

Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.



Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim



Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel

Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.



Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.




Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan



Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim



Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.


Wahai saudara-saudara sekalian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?
renung-renungkanlah wahai shbt..
Smoga perkongsian Ibrahim kpd kita mampu mengubah persepsi kita thadap kehidupan yg sementara ini..

Wallahu'alam..

Friday, April 02, 2010

PERSADA : Lambaian Menara Gading 10 (LAMEGA 10)





bismillah..

perhatian kpd semua sahabat2 lepasan SPM, STPM & STAM, di sini ana mewakili Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) menjemput anda ke prgm LAMBAI ni. InsyaAllah akan ada perkongsian bersama bekas mahasiswa @ mahasiswa yang berjaya melanjut pengajian di matrikulasi, peringkat ijazah dan pelajar luar negara/timur tengah.

InsyaAllah tentatif spt berikut..:

TENTATIF LAMBAI’ 10


7.30 pg : Pendaftaran peserta
9.00 pg : Perasmian
10.00 pg : Slot 1
Tajuk: Halatuju dan peranan mahasiswa masa kini
11.15 pg : Rehat
11.30 pg : Slot 2
Tajuk: Perkongsian bersama bekas pelajar Matrikulasi & Maktab
12.00 pg : Slot 3
Tajuk: Perkongsian bersama bekas penuntut Diploma & Ijazah
1.00 ptg : Rehat & solat Zohor
2.00 ptg : Slot 4
Tajuk: Perkongsian bersama bekas penuntut luar Negara & timur tengah]
3.00 ptg : Latihan Dalam Kumpulan(LDK)
4.00 ptg : Bersurai


kpd yg tahu.. sila ajak shbt2 anda utk hadir bersama.. syukran..

Thursday, April 01, 2010

NTAH PAPE NTAH...




Bismillah…


Erm, tengah dok saje2 tiba-tiba teringat zaman sekolah kecik2 dlu.. msa tu masih kanak-kanak hingusan lg.. ape pun xtau..

Kisah yg aku teringat pd thn 2002.. dh lame dah.. masa tu tengah tunggu assembly pagi.. ari isnin xsilap..

Seorang member dtg menepuk bahu dan bagitahu..
“eh, acap.. bapak ko dtg .. kt gate depan sane..” kata sorg kanak-kanak innocent tu sambil tgn menuding arah gate utama.
“alamak, apasal plak bapak aku dtg. Td kt rumah ok je. Xde dia pesan apa-apa pun.”..
Xde byk soal, trus gerak.. baru je melangkah dah kena gelak..

“APRIL FOOL..!”

Punye la panas.. huh, sabar je la.. Baru perasan, hari ini 1April.. Aku jd mangsa.. hurm.. sdey2..

SEJARAH ‘AF’ NI..

Ade cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap tahun kehadiran April Fool disambut riang oleh orang kita yang begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.

Kalau korang nak tahu, perayaan April Fool's Day ini, mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah Islam bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
tewas di tangan tentera-tentera Kristian.

Dijelaskan oleh seorang sejarawan, perayaan April Mop itu bermula dengan peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentara Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan Khilafah Islamiyah pada Mac 1487 Masihi.
Kota-kota Islam di Sepanyol, seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai tempat perlabuhan berjaya dikuasai oleh tentara Salib.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Di sini tentera salib mula merancang pembunuhan umat Islam secara besar-besaran. Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disediakan di pelabuhan Granada. Tentara Salib itu menjanjikan keselamatan kepada ummat Islam untuk menaiki kapal meninggalkan Sepanyol bersama barangan mereka.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, golongan tua serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Sehingga dikatakan air laut berubah menjadi merah dek kerana darah umat islam yang dibunuh dengan kejam.

Peristiwa pembunuhan dan ‘mungkir janji’ Kristian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia pada 1 April 1487 Masihi dan dikenang sebagai “The April Fool Day”.
Selanjutnya, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopularkan lagi menjadi April Mop dengan “ritual” boleh menganiaya, menipu dan membodohkan orang lain pada tarikh itu, dengan tujuan gembira.
“Ritual tersebut disyaratkan dengan tidak bolehnya orang yang diperdaya dan ditipu itu marah dan membalas”.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Setelah mengetahui sejarah April Mop itu, kita seharusnya mengimbau nasib umat Islam, khususnya kaum remaja, tidak perlu merayakan April Mop kerana sama ertinya merayakan pembunuhan umat Islam

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


APA KATA MEREKA..?!

Perayaan ini cuba disembunyikan dengan events yg cuba mengaburi mata umat Islam untuk turut sama merayakan AF ini. Lihat saja la d Wikipedia dan mana2 website sekalipun, mereka tidak pernah menceritakan kisah ini..


JADI, APA TINDAKAN KITA..?


1. Kita sbg insan sedar perlu menyedarkan orang lain yg masih xsedar.
2. Xperlu la mengimani sangat dasar pandang ke barat. Otak diorg dh karat.
3. Selalu la membaca sejarah sesuatu adat or perayaan yg kita sendiri tidak tahu mana asal usulnye.. cth:- gothic, shufftle an so on.

Wallahu'alam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails